Instrumen Standard Guru Malaysia (SGM)
Online boleh diakses di URL: www.ippm.edu.my/sgm
Muat
turun eBook SGM
|
Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka Jalan Maktab, 75990 Melaka |







![]() | Hari ini: | 198 |
![]() | Kelmarin: | 361 |
![]() | Minggu ini: | 978 |
![]() | Bulan ini: | 3291 |
![]() | Keseluruhan: | 224864 |
| Perutusan Pengarah Sempena Tahun Baharu 2010 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Thursday, 31 December 2009 15:59 |
|
PERUTUSAN PENGARAH Assalamualaikum W.M.B. kehadratAllah S.W.T. dan selawat serta salam atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. kerana dengan izin Ilahi, kita diberi kesempatan melangkah ke tahun 2010. Marilah kita melangkah ke gerbang tahun baru ini dengan iltizam yang tinggi dan tekad yang padu untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang dan berkualiti. Fokus tugas utama adalah melahirkan guru berkemahiran dan memenuhi kehendak pelanggan. Biarlah anak-anak kita dididik oleh guru yang berkualiti dan dapat melahirkan modal insan cemerlang. Melangkah ke tahun 2010, setahun lagi kita berjuang memperkasa pendidikan guru demi meningkatkan imej IPG dan profesion Keguruan. Dengan ini diharapkan semua warga IPG telah bersedia berubah demi merealisasikan visi dan misi IPGKPM, BPG, dan KPM. Bagi IPGKPM tahun ini mencapai umur 75 tahun berazam memperkasa pendidikan guru bagi melahirkan guru berbudaya ilmu, reflektif, berdidikasi dan berintegriti.Justeru kelayakan dan kepakaran pensyarah perlu digembeling secara optimum untuk mencapai hasrat ini. Program latihan berterusan bagi pensyarah demi memantapkan profesionalisme keguruan melalui latihan pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan inovasi serta meningkatan kemahiran kerohanian. Hanya mereka yang berkualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik berjaya menyahut cabaran serta dapat melangsaikan amanah besar ini. Besar harapan saya agar semua warga IPGKPM berganding bahu dan bersatu hati melangkah sederap dengan semangat sepasukan yang tinggi untuk meraih kejayaan dalam bidang tugas masing-masing. Semoga perancangan berjaya dilaksanakan dan usaha kita diberkati Allah. Terima Kasih Pn Hajah Noor Hayatee Md. Noor Pengarah IPG KPM.
|
| Last Updated on Thursday, 07 January 2010 20:10 |