Instrumen Standard Guru Malaysia (SGM)
Online boleh diakses di URL: www.ippm.edu.my/sgm
Muat
turun eBook SGM
|
Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka Jalan Maktab, 75990 Melaka |







![]() | Hari ini: | 192 |
![]() | Kelmarin: | 361 |
![]() | Minggu ini: | 972 |
![]() | Bulan ini: | 3285 |
![]() | Keseluruhan: | 224857 |
| Selamat Hari Guru 2010 |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Sunday, 16 May 2010 07:02 |
|
SELAMAT HARI GURU Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru
kerana pada haribulan yang sama
dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal
Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran (Report of the
Education Committee) sebagai
dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. -------------------------------------------------- Berburu
ke padang datar Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum
jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya
menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut
sabarnya
mengajar
tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti
tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke
akhir hayat.
|
| Last Updated on Monday, 17 May 2010 09:39 |