|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 09 November 2008 17:40 |
|
OBJEKTIF IPPM Melahirkan guru yang menguasai ilmu dan kemahiran dalam pelbagai disiplin serta mengamalkannya secara reflektif dan saintifik; Membentuk watak guru peteladan dari segi kepimpinan, kecerdasan berfikir, kemantapan rohani, kestabilan emosi, ketangkasan jasmani, penampilan diri dan berkemahiran interpersonal selaras dengan etika dan nilai keguruan; Memupuk kebolehan menganalisis situasi dalam menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan yang tepat; Mewujudkan iklim organisasi yang kondusif bagi menyuburkan budaya ilmu dan amalan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan profesionalisme keguruan dan budaya kerja; Meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi menerusi pembudayaan kerja berpasukan secara cekap, jelekit dan beriltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan; Mewujudkan rangkaian kerjasama antara IPPM dengan institusi pendidikan, masyarakat, dan agensi-agensi lain untuk menjana perkongsian ilmu dan kemahiran dalam menangani isu pendidikan semasa; dan Menjadikan IPPM pusat pendidikan guru yang unggul menerusi pelbagai kursus dan perkhidmatan konsultasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan.
|
|
Last Updated on Tuesday, 06 January 2009 11:24 |