|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 09 November 2008 17:52 |
|
PIAGAM PELANGGAN IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
Kami warga IPGKPM dengan penuh tekad dan beriltizam memberi perkhidmatan pendidikan keguruan dan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk;
- melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti mengikut ketetapan dan keperluan kursus;
- memberi perhatian dan mengambil tindakan semua aduan pelanggan yang diterima;
- membayar elaun pelajar dalam tempoh sepuluh hari pertama bekerja bulan semasa dengan syarat peruntukan elaun diterima KECUALI bagi pelajar yang baru mendaftar;
- mempastikan pelajar IPGKPM menguasai ilmu dan kemahiran keguruan dan memiliki jati diri serta sahsiah yang unggul;
- mengemas kini semua maklumat pelajar untuk tujuan rekod dan rujukan;
- memaklumkan maklumat pelajar semester akhir ke bahagian-bahagian berkenaan sebelum penempatan atau menamatkan kursus;
- mengumumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh tiga hari bekerja selepas surat pengumuman keputusan peperiksaan diterima daripada BPG; dan
- menyediakan khidmat konsultasi dan rujukan pendidikan kepada warga pendidik dari semasa ke semasa.
|
|
Last Updated on Friday, 14 May 2010 17:49 |