Ulti Clocks content

Standard Guru Malaysia

Instrumen Standard Guru Malaysia (SGM) Online boleh diakses di URL: www.ippm.edu.my/sgm
Muat turun eBook SGM

Tarikh Hijrah/Masihi

Waktu Solat

Direktori Staf

Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)

Hubungi Kami:

Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka

Jalan Maktab, 75990 Melaka

062824827(T)   062824827(T) / 062829153(F)

info@ippm.edu.my   info@ippm.edu.my

Rekod Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini:217
mod_vvisit_counterKelmarin:361
mod_vvisit_counterMinggu ini:997
mod_vvisit_counterBulan ini:3310
mod_vvisit_counterKeseluruhan:224883

Menu Pengguna

Pengguna Online

We have 10 guests online



Blog Pensyarah

Panduan 1 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 30 December 2008 08:54

Pihak Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka mengucapkan tahniah kepada semua pelajar baru kerana terpilih mengikuti kursus perguruan di IPPM

MUSTAHAK/PENTING

1.

Semua pelajar dikehendaki membaca serta memahami dengan teliti arahan dan maklumat yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran dalam Surat Tawaran, Maklumat Pendaftaran, Buku Panduan Pendaftaran dan Buku Panduan Pendaftaran yang dikirimkan oleh pihak institut.

2.

PENDAFTARAN

 

2.1

Semua pelajar diminta menepati masa pendaftaran yang ditetapkan. Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke Dewan/Bilik Pendaftaran.

 

2.2

Pendaftaran melalui wakil tidak dibenarkan.

 

2.3

Pelajar Yang Tidak Dibenarkan Mendaftar

 

 

a.

Mengandung

 

 

b.

Belum melepasi tempoh 60 hari bersalin. Jika telah melepasi tempoh 60 hari, sila kemukakan surat akuan doktor yang mengesahkan pelajar cukup sihat untuk mengikuti kursus.

 

 

c.

Pelajar yang menghidap penyakit yang memerlukan rawatan berterusan dalam jangka masa yang panjang.

 

2.4

Pelajar tidak akan didaftarkan jika tidak membawa dokumen-dokumen asal iaitu:

 

 

a.

Surat Tawaran

 

 

b.

Sijil kelahiran

 

 

c.

Kad Pengenalan

 

 

d.

Sijil-sijil akademik / Diploma / Ijazah

 

 

e.

Surat Nilai Taraf Ijazah oleh JPA

 

 

 

 

3.

PAKAIAN SEMASA MENDAFTAR DAN SEPANJANG BERKURSUS

 

3.1

Pada masa pendaftaran para pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion keguruan. Sila rujuk arahan 3.2 di bawah.

 

3.2

Sepanjang berkursus para pelajar wajib mematuhi etika berpakaian seperti berikut:

 

 

Lelaki
Perempuan
a. Pakaian kerja iaitu berkemeja lengan panjang, berseluar panjang dan bertali leher. Seluar “jeans” dilarang sama sekali. a. Pakaian rasmi yang tidak mendedahkan sebahagian atau keseluruhan anggota badan dari bawah paras leher hingga ke paras bawah lutut. Seluar “jeans” dilarang sama sekali.
b. Boleh memakai songkok hitam tanpa lilitan. Kopiah tidak dibenarkan sama sekali. b. Tudung atau mini telekung dibenarkan kepada pelajar perempuan lslam.
c. Baju batik institut boleh dipakai pada setiap hari Jumaat dan pada setiap 1 dan 15 haribulan setiap bulan. c. Pakaian batik institut boleh dipakai pada setiap hari Jumaat dan pada setiap 1 dan 15 haribulan setiap bulan (bertudung putih untuk pelajar Islam).
d. Bersepatu warna gelap terutamanya warna hitam d. Berkasut warna gelap terutamanya hitam yang bertumit dan bertutup di bahagian hadapan dan belakang.
e. Pakaian sukan yang sesuai dipakai pada masa menjalani aktiviti amali Pendidikan Jasmani serta GERKO sukan dan permainan serta olahraga. e. Pakaian sukan yang sesuai dipakai pada masa menjalani aktiviti amali Pendidikan Jasmani serta GERKO sukan dan permainan serta olahraga.

 

 

 

 

Last Updated on Wednesday, 31 December 2008 05:56