|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 30 December 2008 09:11 |
|
| 5. | BORANG PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU (BPPG) DAN BORANG MAKLUMAT PENJAMIN DAN SAKSI (BPS) | | | 5.1 | BPPG dan BPS akan diberikan kepada pelajar semasa pendaftaran (jika belum diterima daripada BPG) | | | 5.2 | Pelajar akan ditaklimatkan tentang cara mengisi BPPG dan BPS semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru. | | | | | | 6. | BORANG AM 402/LAPORAN KESIHATAN PELAJAR | | | 6.1 | Borang Am 402 mesti diserahkan kepada mentor semasa mendaftar. Borang tersebut telah dikirimkan kepada semua pelajar baru. Laporan lengkap x-Ray hendaklah disertakan bersama laporan kesihatan. | | | 6.2 | Pelajar yang belum membuat pemeriksaan kesihatan akan dibawa ke klinik swasta yang dikenal pasti untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. Setiap pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM70.00 seorang oleh pihak klinik. Resit pembayaran dikeluarkan atas nama individu pelajar oleh pihak klinik. | | | | | | 7. | PERLINDUNGAN TAKAFUL/INSURAN | | | Semua pelajar akan dilindungi oleh insuran kelompok. Bayaran keahlian sebanyak RM12.00 setahun telah dimasukkan dalam Yuran Pendaftaran. Bayaran bagi tahun-tahun berikutnya (jika kursus lebih daripada setahun) akan dibuat melalui potongan elaun pelajar. | | | | | | 8. | BAYARAN ELAUN | | | 8.1 | Pembayaran elaun akan dibuat melalui BANK SIMPANAN NASIONAL/GIRO sahaja | | | 8.2 | Sila buka akaun BSN/GIRO untuk memudahkan pembayaran elaun dibuat pada tiap-tiap bulan | | | 8.3 | Sila sediakan salinan fotostat muka surat buku akaun bank yang mengandungi nombor akaun untuk diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar pada masa pendaftaran. | 9. Rujuk Yuran Pendaftaran 10. Rujuk Kit Pendaftaran | 11. | PENGINAPAN | | | 11.1. | Semua pelajar baru KPLI akan menginap di ASRAMA LUAR (Pangsapuri dan rumah sewa) yang dikenal pasti oleh pihak IPPM atau dicari sendiri oleh pelajar. | | | 11..2. | Bayaran sewa pangsapuri dan rumah sewa serta perjanjian penyewaan adalah atas urusan pelajar/pelajar-pelajar dengan pemilik pangsapuri dan rumah sewa berkenaan. | | | 11.3. | Kemudahan pengangkutan dari pangsapuri dan rumah sewa ke IPPM (pergi dan balik) tidak disediakan oleh pihak IPPM. 11.4. Pelajar mesti berada di IPPM pada:- - Jam 7.25 pagi ( Isnin & Jumaat )
- Jam 7.50 pagi ( Selasa - Khamis )
| | | | | | 12. | MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU | | | Semua pelajar diwajibkan mengikuti semua program Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Majlis Perasmian Minggu Pengurusan Pelajar Baru diadakan sehari selepas pendaftaran. | | | | | | 13. | PERSIAPAN KEWANGAN DAN KEPERLUAN LAIN | | | 13.1 | Semua pelajar baru dinasihatkan membawa wang saku yang mencukupi untuk perbelanjaan harian kerana elaun pelajar baru hanya akan dibayar dalam masa dua/tiga bulan selepas pendaftaran. | | | 13.2 | Semua pelajar baru dikehendaki membawa pakaian yang mencukupi untuk mengikuti Minggu Pengurusan Pelajar Baru selama 5 hari, bermula dari tarikh pendaftaran. | | | | | | 14. | PERINGATAN PENTING | | | Anda dinasihatkan supaya membuat keputusan muktamad sebelum melapor diri. Jika anda meninggalkan kursus pendidikan perguruan sebelum tamat, anda atau penjamin–penjamin anda akan dikenakan tindakan membayar balik sejumlah wang kepada KERAJAAN MALAYSIA seperti mana yang termaktub dalam syarat Perjanjian Pendidikan Guru yang anda tanda tangan. | | | | | | 15 . | PERINGATAN AM | | | 15.1 | Semua salinan dokumen yang difotostat MESTI disahkan. Salinan dokumen yang telah disahkan dan difotostat semula tidak diterima. | | | 15.2 | Untuk semua salinan dokumen (fotostat), dokumen asal mesti dikemukakan: • Sila gunakan senarai semak/borang yang dilampirkan. | | | 15.3 | Mentor akan menyemak segala salinan dokumen dan dokumen asal. Dokumen fotostat perlu disahkan oleh mentor berkenaan semasa tutorial pertama selepas pendaftaran sekiranya salinan-salinan dokumen tersebut belum disahkan. | | | 15.4 | Borang Am 402 mesti lengkap dengan maklumat berikut:- - Keputusan X-Ray dada, dan paru-paru (termasuk nombor X-ray)
- Alamat lengkap hospital/klinik
- Tandatangan dan cop pegawai perubatan. hendaklah diserahkan kepada mentor semasa pendaftaran.
| | | 15.5 | Jika pelajar tidak mempunyai salinan dokumen (fotostat) yang mencukupi, mereka boleh didaftarkan jika memenuhi syarat yang ditetapkan. Baki salinan dokumen (fotostat) boleh diserahkan kepada mentor selepas pendaftaran. | | | 15.6 | Sebelum meninggalkan meja pendaftaran, pastikan semua dokumen asal diambil semula. |
|
|
Last Updated on Tuesday, 30 December 2008 09:53 |